Mulekan hari ini tanpe mengharapkan pd yg x pasti :)
Teddy Stylove

Perigi Cari Timbe?


29.03.2012 adelah merupakan 1 tarikh yang sy rase entahla....sy telah meluahkn perasaan suka kepade seseorang...well..tercetusnye situasi "Perigi Cari Timbe"..huhu...ape pendapat korang mengenai "Perigi Cari Timbe"?
"Perigi Cari Timbe" Bermaksud seseorang kaum hawa yg ingin mendekati kaum Adam... Dan ade segelintir yg cakap x elok kerane septotnye kaum adam yang mencari kaum hawa... tpi bukankah kadangkala hawa juga harus mencari sang adamnye?? Sang Hawa juga berhak mengutarakan keinginannya , bukan saje sang adam ....

Masih ingatkah kite tentang perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah meluahkan keinginannya? Masa beliau mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia takkan jumpa sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu, Siti Khadijah telah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang...
Jadi,tidak salah bukan ??

Jadi, sy rase tidak salah kan kalau kite sebgi kaum hawa yang memulakan langkah pertame..Yang penting, hawa tersebut kena laa yakin dengan kesolehan, akhlak dan ketaatan lelaki itu pada Allah. Dan bukan pilih dengan tujuan untuk menggedik atau kerana harta. Lepas dah yakin dengan pilihan hati tu, kita kena laa suarakan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, Alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.....

Perasaan malu itu mmg wujud dan seseorang kaum hawa itu akan lbih merase malu jika meluahkn perasaannya yang sepatotnye kaum adam yang meluahknnya...erm...ttpi..
Malu adalah sifat perempuan. Sesungguhnya sifat malu itu dikurniakan pada setiap insan. Tapi biarlah malu itu kena pada tempatnya. Siapa yang mulakan langkah pertama terlebih dahulu samada lelaki atau perempuan, itu tak penting. Yang penting langkah sudah pun bermula. Ia sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah sosial dan maksiat yang semakin menjadi-jadi di dunia akhir zaman ini. Tiada istilah perigi cari timba di dalam Islam. Sebaik-baik percintaan adalah bercinta selepas bernikah....


Di dalam Segmen "Perigi Cari Timbe" dalam Semanis Kurma juga ade diberi tips untuk kaum Hawa memikat Kaum Adam dengan Beretika..
pendapat saya dalam topik ni..wajar juga ada perempuan yang bertindak dahulu.da kata lelaki yang kita syok tu lambat faham...tunggu lama-lama kang merana!mana tau..usia wanita tu da lanjut..ye la..cinta letak ke tepi..yang penting berjaya kan!
lelaki pun janganlah ego sangat...Contoh kalau si hawa tu berpangkat tinggi dari awak..relaks..
kat office dia bos,kat rumah...awak tetap bos!

ni antara tips yang saya save dalam memori saya...
- Kedua-dua kaum ni jangan la memilih kan..
- Pastu kita kena berusaha pasal jodoh pun!memang la kuasa Allah..tapi kita kena ikhtiar di landasan yang betul!
- Kaum hawa jangan la segan sangat nak start dulu.tapi dengan berhemah la..jangan la terhegeh-hegeh!malu wei...
- Agak-agak da usia lajut,mak ayah asyik tanya je..pilihlah yang ada di depan mata..jangan tunggu bulan jatuh ke riba..haii..alamatnya tak jatuhlah bulan tu..
- Apa yang penting banyakkan berdoa dan solat istikharah..Allah maha mengetahui dan memakbulkan doa.

Mungkin sy bukan yang terbaik dan tak mmpu lagi serta masih belom bersedia untuk menjadi calon awak yg terbaik.... Insyaallah, jika diizinkan Allah,kite pasti akn bersame.... Saya Tidak sempurna seperti insan2 lain,dan sy yakin masih ramai yang lebih sempurna dan baik diluar sane.... Selagi hati ini mash punye perasaanitu, insyaallh sy akn cube menanti awk :)...
"Ya Allah, jika daku mulai menyukai seseorang itu, jgnlah dikau membiarkan daku menyukainya lebih dari daku menyukai driMu... dan jangalh dikau biarkan perasaan suka itu meruntuhkan keimananku kepadamu.. Daku mmhon kepdamu....Amin"


Pada yang telahpon mempunyai orang yang disayangi dan disayangi,hargailah ape yang kamu ada...Jangan lah mengejar sesuatu yang tidak pasti, ape yang ada di genggaman sudah cukup baik....Lumrah manusia,sentiasa tidak puas hati dengan apa yang ada,tapi menyesal kemudian hari apabila hilang permata dimiliki.....
BERSYUKURLAH DAN HARGAI ORANG YANG MENYUKAI,MENYAYANGI & MENCINTAI KAMU....
Bimbingla dye agar MENYUKAI, MENYAYANGI & MENCINTAI ALLAH melebihi kamu .......

2 comments: