Mulekan hari ini tanpe mengharapkan pd yg x pasti :)
Teddy Stylove

wahai blog,hdp umpama roda bgku..



Wahai blog,
Hidup ini umpama roda yang sentiasa berjalan
Kadangkala kita akan berada di atas, kadangkala kita akan berada di bawah..
Tetapi aku pelik melihat sekelilingku…
Mengapa ada segelintir manusia yang begitu egois…
Seperti aku juga,
Tiada orang yang ingin sentiasa berada di bawah…
Tetapi seharusnya kita bersyukur kerana Allah memberi kita peluang untuk merasa saat kita berada di atas dan di bawah….
Bagaimana rasanya apabila seseorang berada di atas dan apabila berada di bawah…..

Wahai blog,
Ketahuilah …
Allah tahu segalanya dan hanya Dia yang menentukan rezeki untuk hambanya….
Kenapa masih ada segelintir manusia yang masih tetap mempunyai hati yang entahla… sukar untukku katakan..
Salahkah jika orang lain diberi peluang untuk berada di atas walau hanya sebentar…..
Perlukah merasa dengki dan iri hati….
Sedangkan kau sendri tahu Allah yang mmberi rezeki kepada hambaNya…………

Wahai blog,
Haruskah kita membenci dan mendengki …
Sedangkan telah terjalinnya sebuah ikatan yang kita gelar ikatan persahabatan…
Bukankah hidup umpama roda ini adalah lumrah kehidupan manusia…
Seharusnya dalam apa jua keadaan dan situasi, kita harus bijak menentukan dan berfikir…

Wahai blog,

Roda itu berjalan walau ke depan, ke belakang, kiri mahupun kanan…
Atas kesanggupan kita sendiri, atas kemahuan hati yang luhur murninya..
Dan andai kata Allah mengatakan roda itu patah, maka akan patahlah ia….
Tanamlah sifat yang terpuji dalam diri kita…
Kerana sedarlah, setiap perkare yang berlaku adelah kehendaknye…

No comments:

Post a Comment